Harga runcit produk Petroleum bagi RON97 meningkat sebanyak 1 sen seliter kepada RM4.84 seliter bagi tempoh 23 Jun hingga 29 Jun 2022.
Menurut Kementerian Kewangan menerusi kenyataan pada Rabu, bagi harga runcit petrol RON95 dan diesel kekal masing-masing dengan harga RM2.05 dan RM2.15 seliter.